Rabu, 18 Januari 2017

Tarikh: 19 Januari 2017
Hari: Khamis

Alhamdulillah, hari ini SKT telah berjaya mengadakan Majlis Temu Murni kali pertama murid-murid calon UPSR 2017 bersama ibu-bapa. Semoga majlis ini mampu memberikan gambaran yang sebenar kepada ibu-bapa tentang prestasi sebenar anak-anak calon UPSR 2017 dan mengeratkan kerjasama dan silaturrahim antara pihak sekolah dan ibu-bapa. SKT mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberikan komitmen dalam usaha menjadikan anak-anak calon UPSR 2017 sebagai murid-murid yang berjaya dan cemerlang.








Sabtu, 14 Januari 2017

Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah, SK Tiong telah berjaya mengadakan majlis solat hajat, tahlil dan bacaan Yaasin sempena permulaan tahun baru persekolahan pada pagi Jumaat (13 Jan 2017). Majlis dihadiri oleh guru-guru SKT, ibu-bapa dan murid-murid SKT. SKT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru serta ibu-bapa yang memberikan kerjasama dalam usaha memartabatkan SKT dalam arena pendidikan Negara.






Selasa, 3 Januari 2017

Banjir di SK Tiong,
4 Januari 2017
Pusat pemindahan banjir dibuka.
Mangsa: 7 keluarga dari Kg. Tiong.





Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah kerana dengan izinNYA dan limpah kurniaNYA, laman web Sekolah Kebangsaan Tiong dapat dibangunkan.
Hasrat untuk mengadakan laman web sekolah ini menuntut tanggungjawab dan komitmen yang tinggi daripada setiap warga pendidik secara langsung atau tidak langsung. Berkat usaha inilah, maka laman web Sekolah Kebangsaan Tiong menjadi realiti.
Untuk ini, saya sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tiong ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang memberi kerjasama padu dalam membangunkan laman web ini. Keterlibatan dan iltizam semua sebagai satu pasukan untuk merealisasikan hasrat murni ini amatlah di sanjung tinggi. Tidak dapat dinafikan, prasarana sekolah berada di dalam keadaan kekurangan tetapi saya percaya dan yakin semangat kerjasama berpasukan yang kental pada setiap warga pendidik SKT akhirnya akan berjaya mengatasi segala permasalahan dan rintangan.
Dalam era teknologi yang semakin canggih ini, cara berkomunikasi dan cara pencarian dari segi pembelajaran dan pengajaran serta penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang lebih mudah.Justeru itu, diharapkan segala perancangan dan aktiviti di SK Tiong dan sebarang maklumat atau informasi dapat dimanfaatkan dalam laman web ini.  Di samping itu, saya mengharapkan semoga ianya dapat mencetuskan minat warga SKT terutamanya murid-murid amnya, yang mempunyai ketrampilan IT yang tinggi.
Akhir kata, saya mengharapkan semoga laman web sekolah ini dapat memberikan manfaat sepenuhnya oleh semua pihak serta menjadi satu titik tolak ke arah mengautomasikan sistem pentadbiran dan pendidikan di sekolah ini. Sekaligus, diharapkan semoga semua warga SKT dan ibubapa mengambil kesempatan untuk mengakses maklumat terkini dari masa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,

Afendy bin Ghazali,
Guru Besar SK Tiong